PENGENALAN
Isipadu cecair bermaksud kapasiti air di dalam sebuah bekas. Kapasiti air boleh diukur dengan menggunakan unit piawai atau unit bukan piawai. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menegaskan bahawa isipadu air di dalam bekas bukan bergantung kepada bekas tetapi ianya adalah bergantung kepada isipadu air yang terdapat di dalam bekas tersebut.