Hasil Pembelajaran : Murid dapat membuat perbandingan isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.
Bahan-bahan : botol air mineral, botol air, kad imbasan, jug, basin kotak beracun, gelas plastik, kad catatan.
Langkah-langkah :
- Guru membawa dan menunjukkan 2 botol air A dan B yang berlainan saiz yang berisi air.
- Guru bertanya kepada murid botol air mana yang “SEDIKIT” dan “BANYAK” isipadu air.
- Guru minta 2 orang murid datang ke hadapan dan untuk mengisi air dari kedua-dua botol air ke dalam 2 basin yang berlainan dengan menggunakan gelas plastik.
- Guru minta murid mengira berapa gelas air dari botol air A dan botol air B.
- Ulang dengan bekas yang lain.(botol air mineral botol air C)
- Minta murid berada dalam bulatan untuk aktiviti permainan kotak beracun.
- Latihan lembaran kerja.
Cara Permainan (Kotak Beracun)
- Guru meletakkan satu biji gelas plastik, satu baldi air, kad manila yang berjadual, basin dan jug di tengah-tengah bulatan murid.
- Guru menunjukkan sebuah kotak yang dipanggil “kotak beracun” di dalam kotak tersebut terdapat kad imbasan yang tertulis “jug” atau “basin”.
- Guru memperdengarkan lagu dan minta murid mengedarkan kotak kepada setiap orang murid yang berada dalam bulatan mengikut muzik yang dimainkan.
- Apabila muzik dihentikan maka kotak yang berada pada tangan seseorang murid, maka murid tersebut akan membuka kotak dan mengambil satu kad imbasan yang tertulis “jug” atau “basin”
- Murid diminta datang ke tengah bulatan dan mengambil gelas plastik serta masukkan air ke dalam bekas yang tertulis pada kad imbasan dan catatkan bilangan pada kad catatan yang disediakan.
- Ulang aktiviti kotak beracun sehingga air di dalam kedua-dua bekas penuh.
- Guru bertanyakan kepada murid bekas mana yang paling banyak dan sedikit menyimpan air berdasarkan kepada catatan yang dibuat.
- Guru mesti menegaskan kepada murid bahawa kapasiti air bukan bergantung pada bekas tetapi bergantung pada isi padu air di dalam bekas.
Latihan Lembaran Kerja