AKTIVITI PENGAJARAN

AKTIVITI UNTUK MURID CEMERLANG DAN LEMAH

Hasil Pembelajaran : Murid dapat membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.
Bahan-bahan          : 3 bekas air yang sama saiz, 1 botol besar air mineral, kad imbasan, baldi, kotak   beracun, 10 biji gelas plastik.

Langkah-langkah    :
  1. Guru membawa dan menunjukkan botol mineral yang berisi air.
  2. Letakkan 3 bekas air yang sama saiz di atas  meja.
  3. Soal murid-murid untuk menjelaskan kesamaan antara 3 bekas air itu.
  4. Guru perkenal dan menerangkan kosa kata “kosong”, “separuh penuh: dan “penuh” dengan menggunakan kad imbasan.
  5. Minta 3 orang murid datang ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa kata yang disebut oleh murid secara beramai-ramai berdasarkan kosa kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru membimbing murid yang lemah.
  6. Minta murid yang lain datang ke hadapan dan  menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
  7. Ulang dengan murid yang lain secara rawak.
  8. Minta murid berada dalam bulatan untuk aktiviti permainan kotak beracun.
  9. Latihan lembaran kerja.(pengayaan dan pemulihan)

Cara Permainan (Kotak Beracun)

  1. Guru meletakkan 10 biji gelas kosong dan satu baldi air di tengah-tengah bulatan murid.
  2. Guru menunjukkan sebuah kotak yang berisi 10 kotak hadiah yang bernombor dan di dalam kotak hadiah tersebut ada kad imbasan yang tertulis kosa kata “separuh penuh”, “penuh”, dan kosong”
  3. Guru memperdengarkan lagu dan minta murid mengedarkan kotak kepada setiap orang murid yang berada dalam bulatan mengikut muzik yang dimainkan.
  4. Apabila muzik dihentikan maka kotak yang berada pada tangan seseorang murid, maka murid tersebut akan membuka kotak dan mengambil kotak hadiah serta membaca kad imbasan yang tertulis kosa kata.
  5. Murid diminta datang ke tengah bulatan dan membaca dengan kuat kosa kata yang tertulis dan murid diminta mengisi air ke dalam sebiji gelas mengikut kosa kata yang dibaca.
  6. Ulang aktiviti kotak beracun sehingga masa yang ditetapkan.
  7. Minta murid secara rawak menyusun gelas-gelas mengikut kumpulan kosa kata.

  • Guru mesti menegaskan kepada murid bahawa kapasiti air bukan bergantung pada bekas tetapi bergantung pada isi padu air di dalam bekas.

Latihan Pengayaan (Murid Cemerlang)

Cari dan kira gambar dibawah mengikut kosa kata.




Latihan Pemulihan (Murid Lemah)

Warnakan gambar di bawah mengikut kosa kata.
“separuh penuh” warna hijau, “penuh” warna merah dan “kosong” warna biru





BAHAN BANTU MENGAJAR