AKTIVITI MURID CEMERLANG
Hasil Pembelajaran : Murid dapat mengukur dan membandingkan isi padu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit pengukuran piawai.
Bahan-bahan : Botol air mineral berlainan saiz, cawan, gelas plastik , baldi, bekas air, basin, kad gambar, corong, kad catatan dan silinder penyukat.
Langkah-langkah :
1. Guru meletakkan 4 botol air mineral yang berlainan saiz di atas meja.
2. Minta murid menyusun dengan membayangkan, kemudian minta seorang murid datang ke hadapan menyusun botol air dari banyak ke sedikit.
3. Guru minta 4 orang murid datang ke hadapan dan menyukat air dari 4 botol yang berlainan saiz ke dalam 4 basin yang dengan menggunakan cawan.
4. Guru bertanya kepada murid bekas yang mana boleh mengisi banyak air dan sedikit air berpandukan kepada bilangan cawan yang digunakan.
5. Kemudian guru minta murid yang lain mengisi air yang ada di dalam basin ke dalam silinder penyukat dan membimbing murid membaca bacaan pada silinder penyukat dengan unit liter.
6. Ulang aktiviti dengan bekas yang berlainan.(mangkuk dan jug)
7. Tampalkan beberapa kad gambar dan minta murid membayangkan gambar yang mana boleh mengisi air yang banyak.
8. Murid menyatakan gambar yang boleh mengisi air yang banyak.
9. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan, iaitu satu kumpulan 5 orang.
10. Setiap kumpulan diberi 2 bekas air berlainan saiz yang bertanda A dan B dan cawan.
11. Setiap kumpulan diminta mengisi air dari baldi ke dalam kedua bekas A dan B dengan menggunakan cawan secara bergilir-gilir dan catatkan bilangan cawan yang digunakan pada kad catatan.
12. Apabila kedua-dua bekas dipenuhi air maka setiap kumpulan dikehendaki menyukat isi padu air dari kedua-dua bekas ke dalam silinder penyukat dan catatkan isi padu air bagi setiap bekas tersebut pada kad catatan yang diberi kepada setiap kumpulan.
13. Kumpulan yang dapat memenuhi bekas dan menyelesaikan aktiviti dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
14. Latihan lembaran kerja.
- Guru mesti menegaskan kepada murid bahawa kapasiti air bukan bergantung pada bekas tetapi bergantung pada isi padu air di dalam bekas.
Latihan Lembaran Kerja
Baca dan tulis isipadu air dibawah.