AKTIVITI 1:
Hasil Pembelajaran : Murid dapat membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.
Bahan-bahan : 3 bekas air yang sama saiz, 3 mangkuk yang sama saiz, cawan, 1 botol besar air mineral, kad imbasan, baldi, kotak beracun, 10 biji gelas plastik.
Langkah-langkah :
- Guru membawa dan menunjukkan botol mineral yang berisi air.
- Letakkan 3 bekas air yang sama saiz di atas meja.
- Soal murid-murid untuk menjelaskan kesamaan antara 3 bekas air itu.
- Guru perkenal dan menerangkan kosa kata “kosong”, “separuh penuh: dan “penuh” dengan menggunakan kad imbasan.
- Minta 3 orang murid datang ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa kata yang disebut oleh murid secara beramai-ramai berdasarkan kosa kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru membimbing murid yang lemah.
- Minta murid yang lain datang ke hadapan dan menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
- Ulang dengan bekasdan murid yang lain.
- Minta murid berada dalam bulatan untuk aktiviti permainan kotak beracun.
- Latihan lembaran kerja.(pengayaan dan pemulihan)
Cara Permainan (Kotak Beracun)
- Guru meletakkan 10 biji gelas kosong dan satu baldi air di tengah-tengah bulatan murid.
- Guru menunjukkan sebuah kotak yang berisi 10 kotak hadiah yang bernombor dan di dalam kotak hadiah tersebut ada kad imbasan yang tertulis kosa kata “separuh penuh”, “penuh”, dan kosong”
- Guru memperdengarkan lagu dan minta murid mengedarkan kotak kepada setiap orang murid yang berada dalam bulatan mengikut muzik yang dimainkan.
- Apabila muzik dihentikan maka kotak yang berada pada tangan seseorang murid, maka murid tersebut akan membuka kotak dan mengambil kotak hadiah serta membaca kad imbasan yang tertulis kosa kata.
- Murid diminta datang ke tengah bulatan dan membaca dengan kuat kosa kata yang tertulis dan murid diminta mengisi air ke dalam sebiji gelas mengikut kosa kata yang dibaca.
- Ulang aktiviti kotak beracun sehingga masa yang ditetapkan.
- Minta murid secara rawak menyusun gelas-gelas mengikut kumpulan kosa kata.
- Guru mesti menegaskan kepada murid bahawa kapasiti air bukan bergantung pada bekas tetapi bergantung pada isi padu air di dalam bekas.
Latihan Pengayaan (Murid Cemerlang)
Cari dan kira gambar dibawah mengikut kosa kata.
Latihan Pemulihan (Murid Lemah)
Warnakan gambar di bawah mengikut kosa kata.
Bahan Bantu Mengajar
AKTIVITI 2:
Hasil Pembelajaran: Murid dapat mengukur dan membandingkan isi padu cecair dengan menggunakan pengukuran unit piawai.
Bahan-bahan : Botol air mineral berlainan saiz, cawan, gelas, silinder penyukat, baldi, botol kosong dan span.
Langkah-langkah :
1. Guru meletakkan 4 botol yang berlainan saiz di atas meja.
2. Minta murid menyusun dengan membayangkan, kemudian minta seorang murid datang ke hadapan menyusun botol dari besar ke kecil.
3. Letakkan sebiji botol dan cawan yang berisi air di atas meja dan bertanya kepada murid bekas yang mana boleh mengisi banyak air.
4. Guru minta murid mengisi air yang ada di dalam botol dan cawan ke dalam silinder penyukat dan membimbing murid membaca bacaan pada silinder penyukat.
5. Ulang aktiviti dengan bekas yang berlainan.
6. Tampalkan beberapa kad gambar dan minta murid membayangkan gambar yang mana boleh mengisi air yang banyak.
7. Murid menyatakan gambar yang boleh mengisi air yang banyak.
8. Bawa murid keluar kelas dan melihat tangki air.
9. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan, iaitu satu kumpulan 5 orang.
10. Setiap kumpulan diberi sebiji botol yang berlabel A, B dan C dan sebuah baldi yang berisi air serta span.
11. Murid diminta mengisi air ke dalam botol yang diberi secara bergilir-gilir dengan menggunakan span mengikut masa yang ditetapkan.
12. Setelah selesai mengikut masa yang ditetapkan, setiap kumpulan dikehendaki meletakkan botol di atas meja dan dituang ke dalam silinder penyukat untuk dibuat perbandingan.
13. Kumpulan yang penuh air dengan bacaan tertinggi dikira pemenang.
14. Latihan lembaran kerja. (Latihan pengayaan dan pemulihan)
- Guru mesti menegaskan kepada murid bahawa kapasiti air bukan bergantung pada bekas tetapi bergantung pada isi padu air di dalam bekas.
Latihan Pengayaan (Murid Cemerlang)
Baca dan tulis isipadu air dibawah.

Latihan Pemulihan (Murid Lemah)
Baca dan nyatakan isipadu air dibawah berdasarkan kosa kata “separuh penuh”, “penuh” dan “kosong”.
Bahan Bantu Mengajar